Zunar dakwa polis rosakkan kolaj Rosmah

Zunar dakwa polis rosakkan kolaj Rosmah


Kartunis politik Zunar mendakwa polis merosakkan lukisan kolaj aslinya yang dirampas bersama-sama 66 naskhah kumpulan komik bertajuk Cartoon-O-Phobia, lima tahun lalu.

Barangan itu telah dipulangkan kepada beliau atau nama sebenar Zulkiflee Anuar Ul Haque, Jumaat lalu di Balai Polis Salak Tinggi, Selangor.

Naskhah komik dan lukisan yang menggambarkan perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor itu, dirampas pada 24 September 2010 selepas polis menyerbu pejabatnya dan menahannya kerana menghasut.

Ditemani peguamnya Michelle Yesudas, Zunar berkata beliau menerima kedua-dua karyanya itu daripada ASP Baloo Muniappan.

"Untuk Cartoon-O-Phobia, saya berpuas hati memandangkan buku-buku tersebut masih dalam keadaan baik.

"Tetapi untuk lukisan, saya terima dengan bantahan keras. Ini kerana lukisan tersebut telah dilipat dan menyebabkan ia rosak teruk. Manakala 'rambut Rosmah' telah berguguran dengan banyak.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa lukisan tersebut adalah asli dan dengan itu sewajarnya dikendali dan urus dengan kehormatan.

“Memandangkan ia bawah jagaan polis, mereka harus bertanggungjawab kerana merosakkannya.